Friday, July 9, 2010



sekarang pukul 1pg di bumi sonata ni,aku keseorangan malam ini buat pertama kalinya seingat aku pada malam ini aku keseorangan pada waktu sebegini di rumah sejak dari aku menjejak di bumi sonata ini,owwh!sangat membosankan!bukan disengajakan dan bukan sesekali untuk tidak berbual brsama2 rakan2,ketawa bersama mereka.dan sebenarnya aku telah pulang awal dari berjumpa senior2ku dan aku keseorangan di rumahku.sememangnya malam ini telah disusun atur oleh Nya,mungkin malam ini aku diberi kesempatan untuk bermuhasabah diri,bermonolong dengan diriku sendiri,merasai dan harus menyedari bahawa ada saat dan masa tertentu hanya ada diri kita dan Yang Maha Pencipta.hujung minggu datang kembali!!seperti biasa kehidupan sebagai seorang pelajar menantikan kehadiran hujung minggu pada setiap waktu hari pembelajaran mereka,dan mungkin ada juga pelajar yang membenci hujung minggu mereka tapi aku tidak tergolong dalam golongan yang membenci hujung minggu ku. :) hari hujung minggu aku selalunya aku menghabiskan masa dengan tidur semata atau berjalan bersiar di bumi Nya.

sedang aku menaip teman sebilikku pulang,ohh!aku tidak akan kebosanan lagi. :)
cerita semasa aku seorang di rumah ku.malam ini entah kenapa fikiran aku tiba2 melayang kembali ke masa lalu yang ketika itu masih lagi berhingus.mungkin selepas aku terbaca 'phrase' ini semasa aku sedang menggunakan perkhidmatan internet.

"when i was a child,i spoke as a child,i understood as a child,i thought as a child"

aku dibawa kembali mengigati zaman aku bermain 'kete desh' sebelum bermula sesi persekolahan petang aku,berlumba dgn rakan2 seanggkatan di tepi blok kelas ku.menggunakan battery "enigizer" untuk memaksimumkan pegerakan motor dalam 'kete desh' dan akhirnya 'kete desh'ku terbalik disebebkan terlalu laju dan tidak dapat mengawal keseimbangannya.

aku jugak mengigati zaman 'beyblade ku' menggunakan 'beyblade' yang kecil tetapi menggunakan perisai yang besar dan padu untuk aku menerbangkan 'beyblade' rakan2 ku yang lain.

owhhhh,aku sedari aku terlalu nakal ketika bersama sama mereka dan kami menghabiskan masa kecil kami dgn pelbagai perkara.

disebalik kehidupan normalku masih juga ada insan yang istimewa kerana tidak dapat menghabiskan waktu kecil mereka seperti kebanyakan orang menghabiskan hari2 mereka.

insyaAllah hujung minggu ku kali ini aku diberikan peluang untuk menyelami hati bermesra ketawa menghabiskan waktu bersama insan2 yang istimewa, ^^

salam hujung minggu

No comments:

Post a Comment