Tuesday, December 10, 2013

Cinta Allah.Aku.Mereka

Hari ini,

ketika sedang mengulangkaji untuk paper final yang akan bermula khamis ini.semester 2/tahun ke 3.

terdetik untuk menelefon keluarga di rumah untuk bertanya khabar ;

jika diikutkan baru 3 hari lepas menelefon ibu bertanya khabar,selalunya saya akan menelefon keluarga sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Hari ini,

adik nom 4 angkat telefon dan bermula perbualan.

A:assalamualaikum apa kaba?buat apa tu?
N:alhamdullilah kami disini semua sihat,sedang mengemas2 rumah.sbb along ...

***

IBU:assalamualaikum along apa kaba?dah makan?dah solat?
A:alhamdullilah ...

IBU:ibu dan adik2 kemas umah dan bilik ibu di bawah dah siap.ibu dah duduk bilik bawah;yela ibu dah tua kan.
A:bukan ke bilik bawah tu kecil ja?
IBU:dah kemas2 susun2 atur selesa.
IBU:insyallah hari sabtu ni ada tetamu akan datang rumah.along akan sampai malaysia hujung bulan 6 kan?

***

Antara perbualan dengan ibu untuk hari ini.

Hari ini,

Allah ingin menunjukkan sesuatu kepada saya

-saya merasa terlalu banyak nikmat Allah telah berikan kepada saya
-Allah melahirkan saya dari kedua ibu ayah yang beriman,yang mendidik kami 8 beradik.
-terlalu cepat masa berlalu dan ibu kini sudah 50tahun,dan ayah 55tahun.
-ayah dan ibu terus berkorban untuk anak2 mereka.
-akan mencuba menjadi anak yang soleh dan musleh.terus menerus mecari redha ayah dan ibu.

semoga Allah berikan kekuatan kesihatan yang baik kepada ibu bapa kita dalam mencari redha Allah.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil


1 comment: