Wednesday, April 24, 2013

Iqra'


Bismilahirahmanirahim




اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

Bacalah dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan.




Kita mungkin selalu mendengar atau sering kita baca/dengar/tadabur ayat di atas.

kalimah اقْرَأْ (bacalah).


Jika kita lihat sebagai seorang muslim dan juga dalam menjalankan tugas harian kita sebagai seorang pelajar sudah semestinya kita perlu untuk membaca.

Al Quran/Buku Sains/Buku Major/Artikel/buku-buku lain

Sebagai pelajar lebih-lebih lagi di musim peperiksaan yang sudah tentu kita muak/berpeluh-peluh/bersemangat untuk membaca.

Persoalannya adakah kita mulakan setiap pembacaan kita dengan menyebut nama Allah?

Jika ya,alhamdullilah dan jika tidak.

Boleh untuk kita selepas ini untuk memulakan setiap bacaan kita dengan menyebut namaNya.InsyaAllah.


Kerana apa?

-kereana kita mahukan bacaan kita itu dikira Allah sebagai satu ibadah.

-kerana hanya dari Allah segala ilmu dan kefahaman itu datang. (Buktinya?)




الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,

عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

(al-alaq:4-5)


nah,terbukti disitu?

buku teks,gyosu(professor),sukjae(homework),guajae(report) dll itu hanyalah sebagai satu medium untuk kita mendapatkan ilmu atau kefahaman tersebut.

kerana ilmu itu adalah datangnya dari Allah dan hanya Allah yang akan memberi kefahaman ilmu itu kepada sesiapa yang Dia kehendaki.







رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي


Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku.

(Taha : 25,26,27)



Semoga Allah memberikan kita kefahaman ilmu dalam bidang yang kita pelajari dan sudah semestinya yang kita sangat dambakan semoga Allah memberikan kita kefahaman dalam ad din (agama) ini.




مَنْ يُرِدِ اللّهُ بِهِ خَيْراً يُفَقّهْهُ فِي الدّينِ

(صحيح البخارى ومسلم)

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”




Wallhualam. 
















No comments:

Post a Comment