Saturday, January 8, 2011

untuk yang berkenaan


assalamualaikum,
entry ini dipetik daripada blog hasil penulisan si tuan itu punya blog, ingin saya kongsikannya. tujuan saya nak letak entry ini bukan nak hentam sesiapa, tetapi bila membaca ayat2 ini, rasa terkedu kerana cintanya si hamba kepada tuannya iaiitu cinta hambanya kepada Allah melebihi daripada segalanya. http://littlemariniwriting.blogspot.com/2011/01/andai-saja-kamu-faham-yang-hidup-bukan.html



untuk awak yang pernah saya pegang hatinya satu ketika dahulu,
nah, ambil semula hati awak.
pegang erat, jangan sampai lepas ke tangan orang lain lagi,
sebelum tiba waktunya.

tidak. saya bukan bermaksud menyuruh awak menunggu saya.
bukan. bukan.

saya cuma ingin mengajak awak kembali menyerahkan hati
kepada Dia Sang Pemilik Segala.
langit bulan bintang juga adalah milikNya,
apakah hak kita untuk berkata bahawa sekeping hati kecil ini hak mutlak kita?

ketahuilah awak,
cinta remaja kini indahnya fana semata-mata.
cinta ini tidak menjanjikan syurga akhirat.
cinta ini kilang melambungkan dosa.
cinta ini yang mengotorkan jiwa.
cinta ini yang menarik kita jauh dari Dia.
"...dan syaitan pun menjadikan terasa indah bagi mereka apa yang selalu mereka kerjakan." (Al-MAidah:43)

apa masih mahu bercinta?

ketahuilah awak,
sendiri tidak bermakna sepi.
dengan Dia di sisi,
diri tak akan pernah rasa sunyi.
kalau sungguh manusia akan derita tanpa kekasih hati,
nama Rabiatul Adawiyah takkan agung begitu sekali.
"...Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat kebaikan, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati." (Al-Baqarah:112)

buat awak yang disayangi sebagai saudara seakidah,
mari kembali membersihkan hati.
mari kembali mencari cinta hakiki, cinta Ilahi.

awak,
ketahuilah kalau sekiranya hidup kita terlalu singkat untuk memikirkan soal kekasih hati yang entah bila akan kembali.

awak,
bangkitlah dari mimpi yang panjang.
ambil hati awak ini kembali.
genggam kejap sepanjang perjalanan menuju Dia.
bila sudah sampai ke destinasi,
serahkan saja padaNya.
biar Dia tentukan segala.
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

awak,
ketahuilah sekali lagi,
dalam perjalanan singkat hidup kita sbagai pengembara di dunia,
Allah sediakan kita dengan dua cinta:
keduanya tidak menyakitkan,
dan tak akan pernah mengecewakan.
ianya adalah:
Lillahi (untuk Allah) dan Fillahi (kerana Allah).
dan kita tidak akan menemukan keduanya,
selagi mana kita tidak berjumpa dengan Yang Menciptakannya.

carilah Allah. insya-Allah cinta yang lain akan mengikuti.
jangan mencintai yang lain mendahului Allah, bimbang semua cinta akan menjauhi.

akhir kata,
selamat berjuang mencari mardhatillah,

1 comment: