Sunday, July 18, 2010

cerita di sebalik HOMESTAY

alhamdullilah aku dgn izinNya aku telah berjaya menamatkan program homestay dgn jayanya! ^^

bermula dgn panggilan telefon selama 2minit bersama rakan homestay,berbalas cuma beberapa sms yang pada mulanya membuatkan aku tertanya2,seram untuk ke homestay sbb aku takut akan dapat seorang kawan yang nerd tak byk cakap dan pas 2,akan buatkan juga tak tahu nak cakap ape,

alhamdullilah,dan Dier ialah penentu sebaik2 kejadian,membuatkan aku tidak meng'expect' terlalu tinggi untuk program homestay ini dan akhirnya program ini merupakan sesuatu yang cantik disusun atur olen Nya dan sememangnya terBAIK buatku,

pertemuan pertama,sabtu jam 12tgh hari aku dan rakanku bertemu buat kali pertamanya di stesyen subway anyang.walaupun ketika itu,hujan turun dgn lebat,tak menjadi masalah untuk aku 2 rakan pelajar malaysiaku dan rakanku bersama 2 rakan pelajar sekolah tinggi korea menghabiskan masa kami bermula dgn makan makanan korea di kdi makan korea,bermain Wii,badminton sehingga bermandi peluh masing2,dan main game kat cc.part game kat cc tuh,memang superb bosan!HEHE

ni la kawan homestay aku ngan kawan seangkatan ngan aku tyme kat tempat makan^^


tak lebih dan kurang jam 730pm aku dijemput ayah rakan homestayku untuk di bawa ke rumah mereka,kami saling kenal berkenalan.ape yang mengejutkan aku ialah ayahnya mengucapkan 'selamat datang' mengenali tun dr mahathir dan tahu aku adalah seorang pelajar lepasan spm yang melanjutkan pelajaran ke luar negara,wahhhh!sgt aku tak sangke,tergamam buat seketika kat situ....


sampai kat rumah family homestay aku,aku disambut oleh mak,dan adik rakanku itu dgn sebaris senyuman.dan ucapan selamat datang,TERHARUUUUU

pas 2,kami makan malam sekeluarga,aku memperkenalkan diri aku,menceritakan tentang keistimewaan malaysia,dan kami bertukar2 cerita,ayah emak dan adik serta rakanku memperkenalkan diri mereka dgn lebih lanjut,

selesai solat magrib,aku bersama ayah dan emak serta rakanku duduk bersembang sambil menonton televisyen,mereka bersungguh2 melayanku,mendengar aku membebel dan aku mendegar si ayah bercerita,tentang isu semasa korea,hidupan liar,dan tidak ketinggalan pasal malaysia ^^ jam11++ aku disuruh berehat oleh keluarga homestayku

jam 7pg bangun daripada tidur yang lena,aku ke dapur melihat si emak menyediakan sarapan pg berbual pasal makanan,cara membuat,ingredient,nak masak,tp...mak masak sdp sgt,tak sangup nak bg rase masakan malaysia yang telah dimanupulasi aku,hahahahhaha!

part sarapan pg aku,part paling sdh wat aku terharu,family ni akan asingkan isi ikan goreng daripada tulang,pas ayah asingkan isi ikan anak laki dan mak asingkan ikan si anak perempuan,selesai itu,mak dier mengasingkan isi ikan untuk ku,waaaaaaahhhhhhhh,nak nagis jeh mase tu,fikiran pun melayang2 terbang ke malaysia detik2 bersama keluargaku :'(

banyak yang tak aku tuliskan tp,padaku,mereka benar2 best,umpama keluargaku sendiri,membangkitkan susana sebuah keluarga ayah ibu adik beradik kpd aku yang kini hanya baru 5bulan di perantauannn,and i LOVEEEEEEE them!!!!! <3>


No comments:

Post a Comment