Sunday, October 7, 2012

SILENCE

Rasanya beberapa bulan lepas mahu sahaja untuk terus istiqamah dalam menulis,tetapi entah kemana hilangnya semangat yang berapi-api itu...??

Aku manusia,oh...lemahnya diriku

Tetapi hari ini semangat itu datang kembali,

Apabila teringat suatu masa dahulu niat yang dah tersemat dan terbenam dalam-dalam di hati.

Akan kutangkap erat2 semangat kali ini dan aku akan pelihara dan jaganya untuk terus dan kekal subur.insyaAllah.

Bantu aku ya Allah.

... ... ...

Aku seorang yang banyak berkata-kata.
Hari ini sedang dalam berbulatan serius,aku ditegur ketika mahu memberikan pandangan.

TERSENTAP...

Terus buat membuat aku terfikir dan sangat lama terfikir,

Adakah dengan banyaknya cakap-cakapku ini lebih banyak perkara yang tidak bermanfaat keluar berbanding perkara yang bermanfaat?

Adakah dengan banyak cakap-cakapku ini perkara yang jernih akan menjadi keruh?

Adakah dengan banyak cakap-cakapku ini yang dekat akan menjadi jauh?

Adakah dengan banyak cakap-cakapku ini hanya cakap-cakap KOSONG?

Adakah dengan banyak cakap-cakapku ini akan membuat diri ini lebih jauh dari Yang Maha Pencipta?

dan

Adakah dengan banyak cakap-cakapku ini nanti yang akan menarik aku ke neraka akhirat kelak?


nauzu billahi min zalik

Ya Allah,
Aku berlindung dengan Allah daripada perkara perkara buruk tersebut daripada menimpa aku. ㅠㅠ

firmanNya 

"Wahai orang-orang yang beriman! Megapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" 

(As-saff:2-3)


LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMEEN 

"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." 

(Al-anbiya':87)













3 comments:

  1. setinggi mana kepala di langit,
    kaki masih lagi berpijak di bumi nyata,
    andaikata seseorang itu terus terlupa bahawa kesetiaan rumput-rumput di bawah kakinya yang sanggup mati untuk menongkah kepalanya ke langit,
    maka seseorang itu akan jatuh lebih randah dari kedudukan kakinya.

    renungkan apa maknanya..
    saya berkata-kata penuh makna

    ReplyDelete